Friday, July 28, 2017

Asal Usul Malim Nawar

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Entri kali ini aku nak perkenalkan asal usul tempat kelahiran aku di Malim Nawar, Perak.

Selamat membaca.



ASAL USUL NAMA MALIM NAWAR


Kedudukan Geografi  

Malim Nawar adalah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kinta, Kawasan Parlimen Kampar, Perak. Lokasinya berada kira-kira 40 km ke selatan bandaraya Ipoh, Perak dan kira-kira 14 km di utara bandar Kampar, menghala ke sebelah kiri dalam perjalanan dari Kampar ke Ipoh dan kira-kira 6 km dari Simpang Kuala Dipang. Sungai Kinta, di bahagian barat Malim Nawar adalah sempadan antara Tanjung Tualang dengan Malim Nawar.




Asal Usul Malim Nawar

Malim Nawar

Menurut cerita orang tua, nama Malim Nawar berasal daripada nama seorang bomoh yang terkenal yang bernama Alim. Pada masa itu, sesiapa sahaja yang sakit maka mereka akan berjumpa dengan bomoh Alim tersebut bagi mendapat air penawar yang dipercayai mujarab bagi menyembuhkan banyak penyakitnya. Oleh yang demikian, bomoh Alim menjadi terkenal di daerah Kinta ini, Orang ramai sering menyebut-nyebut tentang kebijaksanaan bomoh Alim dan tentang air penawarnya. Lama-kelamaan nama Alim dan penawar kemudian dicantumkan menjadi perkataan Malim Nawar yang dikenali hingga sekarang.

Sungai Kunyit

Selain nama Malim Nawar, pekan ini juga dikenali sebagai Sungai Kunyit. Gelaran nama ini biasanya disebut-sebut oleh masyarakat Cina. Ia terkenal dengan hasil keluaran bijih timah pada suatu masa dahulu. Dipercayai bahawa nama Sungai Kunyit adalah panggilan bagi masyarakat Cina bagi sebatang sungai yang terletak di tepi jalan raya berhampiran dengan sebuah tokong Cina. Nama Sungai Kunyit juga digunakan sebagai nama terjemahan bagi bangsa Cina untuk pekan Malim Nawar hingga kini.

Penempatan Penduduk  

Pekan Malim Nawar merupakan sebuah penempatan kampung baru bagi orang Cina, dikelilingi oleh beberapa buah kampung Melayu, Cina, India, Benggali dan sebagainya. Di sepanjang jalan menuju ke Kuala Dipang, kita akan bersua dengan Kampung Tualang Sekah, Tebing Tinggi dan Pulan Pisang. Jika kita melalui jalan pasir ke Tanjung Tualang, kita akan sempat melihat banyak bekas lombong bijih timah yang kini telah dijadikan kolam ikan serta beberapa penempatan kecil. 

Penempatan penduduk Malim Nawar boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu pekan baru, pekan lama dan taman perumahan. Pekan baru dan pekan lama dipisahkan oleh sebatang jalan keretapi yang merupakan jalan pengangkutan laluan utama selatan. Taman-taman perumahan merupakan penempatan baru yang dimajukan sejak tahun kebelakangan ini. Taman-taman tersebut termasuklah Taman Malim Nawar, Taman Bina Jaya, Perumahan Awam.

Kampung-kampung di sekitar Malim Nawar ialah Kampung Jernih, Kuala Kampar Banglo, Kampung Baru Malim Nawar, Indian Kem, Kampung Bunga Tanjung, Kampung Changkat Belulang, Kampung Changkat Bendera, penempatan Tenaga Nasional Berhad ( TNB ), Kampung Tanjung Bangkong, Kampung Tualang Sekah, Kampung Tinggi,  Kampung Pulau Pisang, Kongsi Baru dan sebagainya.


Pendidikan  

Sekolah Tualang Sekah merupakan sekolah rendah yang tertua diadakan di Malim Nawar. Diikuti dengan Sekolah Rendah Methodist, Sekolah Kebangsaan Melayu, sekolah Tamil dan SRJK (C) Ying Sing yang ditubuhkan pada tahun 1926. Setelah kemerdekaan Tanah Melayu tercapai, sebuah sekolah menengah rendah telah ditubuhkan pada 11 Januari 1965. Sekolah ini dikenali sebagai Lower Secondary School Malim Nawar dengan pelajar-pelajar  terawal seramai 157 orang dalam 2 aliran bahasa bahasa pengantara, iaitu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kini, sekolah ini telah ditukar nama dan dinaikkan tarafnya kepada Sekolah Menengah Malim Nawar. Pelajarannya telah mencapai tahap tingkatan lima dalam aliran sains, sastera dan akaun. Jumlah pelajarnya telah menghampiri seribu orang buat masa kini.


Tempat-tempat Menarik di Malim Nawar

Kubu Jepun

Di Malim Nawar mempunyai satu tempat bersejarah yang terletak berhampiran dengan Kampung Tanjung Bangkong. Kebanyakan orang Malim Nawar mengenali tempat tersebut sebagai kubu Jepun. Kubu tersebut dibina oleh Tentera Jepun pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu untuk membuat senjata dan bahan letupan. Keluasan kubu Jepun ini sungguh besar. Pada masa penguasaan Jepun, kawasan sekitar Kubu dilengkapi dengan pelbagai perangkap untuk menghalang komunis mendekati kubu mereka. Selepas tahun 1945, tentera British ambil alih Tanah Melayu, tentera Jepun terpaksa tinggalkan kubu ini. Pada masa yang sama, kubu ini telah diserang dan dimusnahkan sebahagian bangunannya oleh pihak komunis dipercayai sebagai tanda membalas dendam dan rasa tidak puas hati dengan kezaliman pihak tentera Jepun. Kini, kubu Jepun telah dijadikan bukti peninggalan bersejarah bagi penduduk Malim Nawar.

Stesen Janaelektrik Malim Nawar  ( TNB)

Sebuah Lembaga stesen jana elektrik  telah ditubuhkan sejak kedatangan British di Malim Nawar. Lembaga Letrik Pusat (LLP) adalah nama asalnya. Kemudiannya namanya ditukar sekali lagi kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Stesen Jana elektrik terletak di atas sebidang tanah Melayu seluas 61 hektar, termasuk 36 hektar   kolam penyejuk adalah stesen janakuasa haba yang menggunakan minyak bahan api sebagai sumber asas kuasa. Buat masa sekarang, stesen janaelektrik ini telah diubahsuai sebagai workshop TNB dan Institut Pengajian Pelatih Kejuruteraan Elektrik di samping satu penempatan kakitangan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.

Bekas Lombong Bijih Timah

Di sekitar Malim Nawar, boleh diperhatikan terdapat banyak bekas lombong bijih timah. Malim Nawar, dalam Daerah Kinta, terkenal dengan hasil keluar bijih timah pada suatu masa dahulu. Buat masa sekarang, lombong yang masih aktif hanya tinggal 3 buah manakala lombong yang tutup terdapat 21 buah. Ini adalah disebabkan zaman kemerosotan harga bijih timah pada tahun kebelakangan ini. Kini, kebanyakan lombong bijih timah telah diterokai untuk tujuan pembinaan tapak perumahan dan pembelaan ikan. Ini telah menjadikan Malim Nawar sebagai tempat kegemaran para pemancing ikan yang terkenal di sekitar kawasan Perak.





Cuti-cuti Malaysia 2017








Thursday, July 27, 2017

Tempat-Tempat Menarik di Kampar

Assaalamualaikum semua....

Entri kali ini nak senaraikan tempat-tempat di Kampar yang boleh dilawati oleh pengunjung. Selamat berkunjung ke Kampar

1. Rabung Hijau (Green Ridge)
















2. Tapak Kilang Peluru di Malim Nawar











3. Refarm Leisure Farm Kampar












4. Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta














5. Heritage Villa Sahom Farm Retreat












6. Sungai Kampar (white river rafting)




Warna Warni Kehidupan






Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)

Dibawah ini adalah lokasi setiap negeri bagi menyemak wang tak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Negeri Sembilan
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 1-8, Kompleks Kementerian
Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia

Lobi Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
Putrajaya
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru,
Johor

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor
Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.

2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in). 5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.

6. Lepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan secara Bank In Terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.

Contoh Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)

Selepas pegawai buat semakan, akan tertera jumlah wang tidak dituntut dalam sistem. Selepas itu borang permohonan bayaran balik WTD harus diisi oleh pemohon beserta dokumen sokongan. Selesai hantar semula borang tersebut ke Pejabat Jabatan Akauntan, duit baki tuntutan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 30 hari sahaja.

Resipi Mee Kungfu Power

Untuk entri kali ini, aku kongsikan resipi makanan kegemaran aku. Nanti nak minta isteri aku masakkan..hehehe



Mee Kungfu Power

Bahan-Bahan:

Bahan Mee –

200gm mee kuning
2 biji telur gred
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah –
3 ulas bawang putih diketuk
100gm isi ayam dipotong kecil
5 ekor udang dibuang kulit
2 ekor sotong dipotong bulat
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
3 batang baby corn dipotong memanjang
3 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam & gula secukup rasa
serbuk lada sulah
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak:
1. Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.
2. Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
3. Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.


Selamat Menjamu Selera!